Categories
SELANGOR

PKNS ambil tindakan undang-undang pihak rosakkan harta benda

SHAH ALAM, 26 JAN: Tindakan undang-undang akan diambil pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan vandalisme di tapak projek Datum Jelatek di Dato’ Keramat.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah, berkata beliau kecewa tindakan demonstrasi jalanan yang bertukar ganas apabila beberapa individu bertindak merobohkan dan memecahkan pagar penghalang di tapak projek.

MALAY_DATUM JELATEK_PROTEST“Kami memandang berat perkara ini dan tindakan undang-undang bakal diambil ke atas mereka terlibat, malah Datumcorp International (DCI) membuat laporan polis ke atas pencerobohan dan keganasan yang berlaku ,” katanya dalam kenyataan media.

Sementara itu, Azlan berkata , PKNS dan DCI telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan perjumpaan dengan penduduk sekitar Taman Keramat sebelum ini bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai projek itu.

“PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini.

“Kita mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama penduduk sekitar, malah kami menerima reaksi positif keseluruhan penduduk di sini yang menyokong projek ini,” kata beliua.

Projek Datum Jelatek dibangunkan DCI anak syarikat milik penuh PKNS menggabungkan kediaman, komersial, pejabat dan komponen runcit di jangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Dato’ Keramat.

Sehingga 14 Januari 2015, projek berkenaan mendapat sambutan baik dan setakat ini 1,097 bakal pembeli Bumiputera yang menunjukkan minat mendaftar, angka dicatatkan melebihi dari 674 unit disediakan.

Gambar: Ihsan The Malaysian Insider

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.