Categories
SELANGOR

Selangor bantu bangunkan semula PASTI Kelantan

GOMBAK, 19 JAN: Sebanyak RM1.8 juta diperlukan bagi membangunkan semua tadika Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam (PASTI) yang terjejas di Kelantan akibat banjir besar baru-baru ini.

Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata bantuan projek angkat PASTI juga antara fokus utama untuk membantu PASTI yang terjejas teruk.

DSC_0040Dalam pada itu, kempen RM1 kepada setiap ibubapa pelajar PASTI turut dilancarkan.

Hasbullah juga turut menyampaikan sumbangan cek kepada Nor Azariza Mohd Alawi, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan yang mewakili Pengarah PASTI Negeri Kelantan, Fadhli Shaari, yang disaksikan Setiausaha PASTI Kota Bharu,Marwan Husin.

Beliau turut melawat Pasti Muaz Bin Jabal di Taman Guru Kota Bharu dan Pasti Al-Munawwarah di Bunut Payung.

Selain dari itu, sumbangan perkakas elektrik, pakaian dan makanan turut disumbangan kepada mangsa menerusi Penyelaras Dun Galas di Gua Musang,Abdullah Husin melalui hasil kutipan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Pihak PKM turut mengadakan Program Jom Shopping ‘Back To School’ kepada kanak-kanak mangsa banjir seramai 50 orang di Pusat Beli Belah Gedung Ten Ten Bandar Baru Gua Musang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir. Iskandar Abd. Samad juga sebelum ini telah menyalurkan RM40,000 dan PASTI Selangor menyerahkan RM20,000 namun jumlah itu masih belum mencukupi memandangkan kerosakkan itu besar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.