Categories
SELANGOR

Selangor komited bantu rakyat harungi kelembapan ekonomi 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 JAN: Rakyat Selangor diingatkan bersiap sedia menghadapi tekanan kos sara hidup ekoran ekonomi 2015 yang dijangka lembap dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), April ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, antara langkah yang boleh diambil termasuk berjimat cermat walaupun Kerajaan Negeri mempunyai pelan membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit.

Mei_1_anti_GST“Kerajaan Selangor komited dengan usaha meningkatkan pendapatan petani, program hijrah merapatkan jurang pendapatan miskin-kaya, beri bonus untuk kakitangan awam negeri dan mengekalkan pemberian air percuma.

“Walaupun dapat bantuan kerajaan tetapi yang terbaik boleh lakukan dalam ruang kawal kita sendiri iaitu dengan berjimat cermat,” katanya kepada Selangor Kini.

Zaidy juga menyarankan masyarakat di Selangor melancong di dalam negeri itusahaja bagi meminimakan pengaliran wang keluar dan membantu pengusaha tempatan.

zaidy“Sempena Tahun Melawat Selangor 2015, ramai pelancong luar dijangka melawat negeri ini, tetapi kita sendiri tak sedar banyak lagi tempat menarik yang belum dilawati.

“Jadi, kalau nak makan angin lebih baik melancong dalam Selangor sebab dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan dan negeri,” katanya.

Zaidy turut menyarankan rakyat Selangor yang layak mengambil bahagian dalam skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang disediakan Kerajaan Negeri bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.