Categories
SELANGOR

SELCAT: 163 permohonon FOI diterima, 5 ditolak

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JAN: Sebanyak 163 permohonan diterima sejak 2013 untuk mendapatkan maklumat menggunakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) dengan hanya lima ditolak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata hebahan dan penerangan perlu dibuat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan enakmen itu.

SELCATKatanya, seramai 41 pegawai maklumat terbabit dalam tugas penyebaran maklumat dengan kursus dan latihan diberikan kepada mereka.

“Yang penting kesedaran masyarakat mengenai kebebasan maklumat masih kurang. Respon daripada masyarakat masih kurang.

“Setakat ini sebanyak RM246,000 dibelanjakan untuk pembayaran elaun kepada pegawai maklumat,’ katanya.

Mohammed Khusrin berkata demikian dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkenaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Selangor) 2011 di sini, hari ini.

Beliau menolak dakwaan Kerajaan Negeri gagal menyalurkan maklumat kepada pihak awam dalam tempoh ditetapkan.

Sebaliknya, beliau berkata, kelewatan atau kegagalan berbuat demikian adalah disebabkan tidak mendapat maklumat perlu daripada pihak tertentu.

“Kita tidak menjawab mengenai projek DASH kepada pihak berkenaan dalam tempoh 30 hari kerana jawapan tidak diterima.

“Begitu juga dengan isu air apabila jawapan lewat diterima termasuk daripada menteri,” katanya.

Beliau berkata, jawapan awal diberi apabila permohonan diterima bagi mendapatkan maklumat adalah ‘dalam tindakan’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.