Categories
SELANGOR

Peniaga serah lesen kepada warga asing disenarai hitam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 JAN: Mana-mana pihak menyerahkan lesen perniagaan kepada warga asing bagi menjalankan perniagaan secara tidak sah akan dibatalkan lesen mahupun disenarai hitam.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya tidak membenarkan warga asing untuk mendapatkan lesen perniagaan di gerai dan pasar MBSA.

MBSA“MBSA hanya mengeluarkan lesen kepada warga Malaysia untuk menjalankan perniagaan di premis milik MBSA.

“Sekiranya didapati ada pihak memberi kepada pihak ketiga termasuk warga asing, mereka akan berdepan tindakan tegas dari kami,” tegasnya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas tindakan MBSA dalam memantau isu kewujudan penjaja warga asing yang menyewa lesen perniagaan daripada warga tempatan.

Shahrin berkata, pihak MBSA juga sentiasa melakukan pemantauan berkala melalui Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan.

“Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan penjaja warga asing dan diharap warga tempatan juga tidak bersengkokol dalam perkara ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.