Oleh : NAEEM RAFFI
SHAH ALAM, 5 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan buku ‘Hubungan Etnik di Malaysia : Harmoni & Konflik’ (Edisi Baru) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.
Karya Syed Hussin Ali itu ditulis bagi menjejaki bagaimana etnik di negara ini dimanipulasi sejak merdeka oleh aahli politik Malaysia demi kepentingan dan kelangsungan politik sehingga menjejaskan kehidupan warganya.
Artikel yang mencakupi lebih daripada tiga dekad itu turut mengumpulkan asal-usul, kesilapan dan sifat yang merosakkan politik etnik di Malaysia.
Dalam edisi baru itu, penulis mengemaskini buku dari segi fakta dan peristiwa termasuk dua lagi artikel.
Majlis peluncuran buku itu dihadiri lebih 300 hadirin termasuk Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Pengarah Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Syed Hussin dalam ucapannya berkata, penerbitan semula karya itu dalam edisi kemas kini adalah relevan dengan suasana semasa hari ini.
-NFN-