Categories
SELANGOR

Terjah dan Musnah Aedes atasi denggi daerah Petaling

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 FEB: Program khas Terjah dan Musnah Aedes akan dilaksanakan secara besar-besaran di daerah Petaling ekoran peningkatan kes denggi yang semakin membimbangkan di Selangor, pada 7 dan 8 Februari ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, program itu melibatkan kerjasama semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Adun serta 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

meeting 1Katanya, Kerajaan Negeri turut mengarahkan 501 kontraktor pembersihan awam lantikan PBT untuk bersama menjayakan usaha berkenaan secara proaktif.

“Mengikut statistik sehingga 31 Januari lalu, Selangor mencatat 6,686 kes berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 3,813 kes dengan peningkatan hampir 70 peratus.

“Manakala, untuk kes kematian pada bulan pertama 2015 adalah 17 kes berbanding hanya dua kes tahun lalu.

“Daripada sembilan daerah, Petaling paling kritikal dari segi jumlah kes dan situasi ini amat mencemaskan serta menuntut Kerajaan Negeri mengambil langkah prokatif,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Taskforce Pembersihan Daerah Petaling di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerja pembersihan itu akan dilakukan di kawasan hotspot, pangsapuri kos rendah, tapak binaan selain mengadakan pemeriksaan di Kampung Baru Cina, longkang dan di seluruh taman awam serta rekreasi.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang didapati menjadi punca pembiakan Aedes seperti notis pemberhentian kerja, kompaun atau rampasan lesen ke atas pemaju jika masalah sama masih berulang.

Azmin denggi“Di daerah ini sahaja, kita ada 262 pangsapuri kos rendah, 250 tapak binaan, 376 taman awam, taman permainan dan pusat rekreasi, 505 buah masjid dan surau, 173 sekolah, 53, rumah ibadat bukan Islam dan 33 kampung tradisi, Kampung Baru Cina serta komuniti India.

“Ini kawasan yang kita kenal pasti bagi program pencegahan pembiakan termasuk kerja pembersihan untuk tempoh dua hari.

“Selepas selesai kerja pembersihan, kita akan terus memantau untuk memastikan usaha ini berterusan bagi menjamin program berkenaan efektif dan berkesan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memantau program pencegahan itu di seluruh kawasan PBT.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.