Categories
NASIONAL

Anwar makin kurus, tiba di Mahkamah Jalan Duta 7.40 pagi

SHAH ALAM, 18 FEB: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Jalan Duta, di sini, kira-kira jam 7.40 pagi.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas gagal dalam rayuan kes Fitnah 2, pada 10 Februari lalu, dikerumuni ahli keluarga dan rakan politik sejurus tiba di mahkamah berkenaan.

Anwar hadir ke mahkamah bagi menghadiri kes saman fitnah RM100 juta beliau terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

anwar mahkamahBeliau memfailkan saman terbabit, pada 27 Mei 2009 yang mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang media bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton pada lawatan kerja ke negara berkenaan, pada 16 Mei 2009.

Sementara itu, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR berkata, Anwar kelihatan agak kurus dan banyak berpuasa sepanjang di penjara, sejak tujuh hari lalu.

“Salam reformasi dari DSAI..gambar terkini DSAI..agak kurus sedikit..beliau banyak berpuasa..semangat juang melawan kezaliman Umno-BN tidak pernah luntur,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.