Categories
SELANGOR

Bomba: Elak pembakaran terbuka, pantau hutan berterusan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 23 FEB: Pasukan Bomba dan Penyelamat sentiasa dalam keadaan bersiap siaga berdepan dengan sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran hutan ekoran cuaca panas dan kering.

Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata operasi pemantauan harian di Hutan Simpan Kuala Langat telah mula digerakkan.

bomba 1“Pemantauan berterusan dipertingkatkan bagi mengelakkan kebakaran hutan tanah gambut berulang pada musim panas ini

“Kita juga menghantar satu pasukan utiliti dengan ‘water tanker’ untuk membuat rondaan di kawasan panas bagi memastikan tiada tanda-tanda berlakunya kebakaran,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Fenomena Ekuinoks yang bakal melanda negara minggu depan yang menyebabkan perubahan cuaca lebih panas.

Fenomena cuaca panas ini menjurus kepada peningkatan suhu antara satu hingga dua darjah Celcius. Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

gambar hiasan
gambar hiasan

Mengulas lanjut, Azmi berkata kawasan tanah gambut berpotensi besar terbakar dalam keadaan cuaca kering dan panas melampau dan sukar dikesan kerana ia bermula di bawah tanah.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai memikul tanggungjawab dan segera melaporkan sebarang kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

“Hindar aktiviti pembakaran terbuka di musim panas kerana ia memburukan lagi keadaan.

“Kerjasama semua pihak membantu menyelamatkan kawasan hutan sekaligus menghindar berlakunya pencemaran udara serius dan memburukan lagi cuaca di musim panas,” katanya.

Sepanjang 2014, sekurang-kurangnya tiga kali kes kebakaran dicatatkan berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat iaitu sekitar Februari, Jun dan Ogos tahun itu.

Kebakaran yang berlaku Februari lalu direkodkan sebagai kebakaran terbesar pada tahun itu dengan keluasan meliputi 294 ekar yang menelan kos sejumlah RM210,547.53.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.