Categories
SELANGOR

Wan Ji mahu JAIS siasat kes qazaf Shafee Abdullah

SHAH ALAM 23 FEB: Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin membuat laporan kes qazaf kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar menyiasat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membuat dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau individu tidak bermoral tanpa bukti.

Wan Ji hadir membuat laporan itu bersama peguamnya,Rifahmi Abdul Musikin di pejabat JAIS di sini mahu siasatan dilakukan kerana Shafee melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Wan JI“Moga-moga JAIS bukan serius membenteras dakwah, tetapi menjadi pembanteras mungkar yang berlaku di Selangor,” tulis Wan Ji di Facebooknya.

Sebelum itu, Wan Ji hadir bagi siasatan kes menyampaikan syarahan agama tanpa kebenaran di Shah Alam

“Selesai tadi siasatan, pegawai penyiasat akui bahawa enakmen itu untuk kekang ajaran sesat dan saya diakui tidak bawa ajaran sesat malahan, mengajar ikut aliran ahli Sunnah wal Jamaah.

“Interview pihak media tadi, saya nyatakan bahawa enakmen itu wajar dikaji agar ia tidak disalahgunakan untuk kekangkan dakwah Islam di Selangor.

Semasa siasatan itu, Wan Ji menyatakan turut terjemahkan hadis dari sunan Abi Daud yang pihak penyiasat agak kurang jelas maksudnya.

“Seperti contoh dalam kes Dr Asri yang merupakan mufti perlis yang punyai keilmuan Islam yang diakui ramai dan ramai menemui hidayah menerusi asbab beliau, tetapi dikekang dari berdakwah di Selangor atas enakmen yang asal dibuat untuk kekang ajaran sesat,” tulis Wan Ji.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.