Categories
SELANGOR

Daroyah: Padamnya sebutir permata yang sukar dicari ganti

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 13 FEB: Kepimpinan bersih dan berprinsip yang diamalkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi pemangkin kepada Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Daroyah yang berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan bertemu isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bagi merakamkan ucapan takziah atas kehilangan Mursyidul Am PAS itu, di Pulau Melaka, Kelantan, pagi tadi.

daroyah“Pemergian tok guru suatu kehilangan besar buat negara dan sukar dicari ganti. Kita berkongsi rasa sedih ini kerana beliau pemimpin yang disanjungi dan disayangi, padamnya sebutir permata yang sukar dicari ganti.

“Sikapnya yang sederhana, kepimpinan yang bersih dan berprinsip sentiasa mengingatkan saya untuk memikul amanah yang sama untuk rakyat.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah di bawa ke masjid untuk disembahyangkan dan sempat bertemu isteri beliau,” katanya kepada Selangor Kini.

Allahyarham Nik Aziz selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada jam 11 pagi tadi, selepas menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya, pada jam 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.