Categories
SELANGOR

BN Selangor: Nik Aziz banyak jasa pada rakyat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 FEB: Pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja dirasai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut meninggalkan kesan kepada BN Selangor.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, mantan Menteri Besar Kelantan itu menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin yang disegani dan banyak berjasa kepada rakyat.

Katanya, pemergian Allahyarham sememangnya dirasai dan satu kehilangan buat negara.

Datuk-Johan-Abd-Aziz“Saya mewakili BN Selangor ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Aziz.

“Pemimpin ini silih berganti, ibarat seperti roda ada turun naik begitu juga dalam kepimpinan sesebuah parti.

“Itu kita kena terima sebab kehilangan itu pasti, mungkin akan diganti dengan orang baru yang berbeza,”katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar melalui status Facebook turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham dan ahli PAS.

“Bagi pihak Umno Selangor, saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga dan ahli PAS.

“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.