Categories
SELANGOR

Denggi: 29 premis diarah tutup, 231 kompaun dikeluarkan bulan ini

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 FEB: Task Force Khas Terjah dan Musnah Denggi memperlihatkan keberkesanan apabila kes denggi di Selangor mencatatkan penurunan.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata,  bilangan kes menurun kepada 883 kes pada minggu kedua (epid ke-7) selepas dilancarkan, pada 7 Februari lalu berbanding epid ke-6 yang mencatat 917 kes dan epid ke-5 (1025).

“Selangor masih berada dalam keadaan terkawal, berbanding negeri lain termasuk Pulang Pinang yang mencatatkan peningkatan 300 peratus.

Terjah denggi MB di Seksyen 6 Shah Alam (7)“Mengikut rekod, Selangor mencatat peningkatan 66 peratus kes denggi membabitkan 12,427 kes yang didaftarkan,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini.

Daroyah berkata, 231 kompaun dikenakan ke atas semua jenis premis dan 126 notis dikeluarkan serta 29 penutupan premis.

“Pasukan khas ini menyerbu lebih 200,000 semua jenis premis di setiap daerah dan 1620 positif kepada pembiakan nyamuk denggi,” katanya.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan kawalan pembiakan nyamuk akan giat dijalankan sepanjang tahun.

pc dr daroyah 1“Kompaun maksimum RM500 akan dikenakan dan arahan berhenti kerja atau tindakan mahkamah akan dikuatkuasakan untuk tapak binaan yang dijumpai pembiakan.

“Bagi tapak binaan, tindakan mahkamah akan dikuatkuasakan mengikut akta baru yang akan dikuatkuasakan di peringkat Kementerian Kesihatan ,” katanya.

Untuk rekod, daerah Petaling masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 5967 kes diikuti Hulu Langat (2222 kes)  Klang (1824 kes) dan Gombak (1238 kes).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.