Categories
SELANGOR

Denggi: Selangor hantar sukarelawan bantu hospital

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri akan menghantar sukarelawan bagi membantu hospital dan pesakit ekoran isu denggi yang semakin menular.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata,langkah proaktif diambil ekoran kekurangan tenaga kerja di hospital khususnya Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Katanya, sukarelawan terbabit akan membantu kelancaran proses penerimaan pesakit di ruang kecemasan dan menunggu selain mengedarkan makanan serta minuman.

denggi“Ekoran kekurangan tenaga kerja, pesakit terpaksa menunggu lama di ruang menunggu atau ruang kecemasan.

“Sedangkan, mereka ini perlu diberikan makanan dan minuman khususnya bagi mengelakkan pesakit mengalami kejutan penyakit yang lebih teruk,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini.

Daroyah berkata, cadangan itu dalam proses perbincangan dengan pihak hospital.

“Kita berharap pihak hospital menerima cadangan ini kerana pesakit terpaksa menunggu sehingga tiga jam bagi mendapatkan katil,” katanya.

pc dr daroyah 2 Beliau turut memaklumkan setakat ini lebihan pesakit denggi dihantar ke Hospital Banting dan Sungai Buloh.

“Di HTAR setakat ini ada dua wad tambahan iaitu 150 katil disediakan.

“Kita tiada jumlah lebihan pesakit tetapi HTAR tidak menolak, sebaliknya mereka dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.