Categories
SELANGOR

Denggi: Kerajaan Pusat perlu buka segera Hospital Shah Alam

SHAH ALAM, 18 FEB: Pembersihan di setiap kawasan perumahan harus dititik berat bagi mengelak masalah denggi terus berleluasa kerana  Selangor paling teruk terjejas berdasarkan statistik terkini.

Penyelia, Mohammad Norhisham Naim, 31, berkata Kerajaan Pusat harus mempercepatkan lagi pembukaan Hospital Shah Alam memandangkan hospital sedia ada tidak mampu menampung pesakit denggi.

mohammad norhisham naim 31-web“Ramai juga pesakit lain seperti yang mengalami kemalangan jalan raya tidak dapat masuk wad kerana mangsa denggi semakin ramai terutama di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

“Faktor penduduk sendiri juga penting iaitu bersama majlis perbandaran dalam menjaga kebersihan sekitar kawasan perumahan dan elak pembuangan sampah di merata tempat.

“Kementerian Kesihatan patut turun padang membuat pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai, sebab adakala klinik kesihatan lambat mengesan pesakit yang mengalami demam denggi,” katanya.

Bagi Ahmad Zakwan Ab Kadir, 29, kempen kebersihan penting bagi memberi peringatan kepada pendudduk di setiap kawasan perumahan yang dikenal pasti menyebabkan denggi.

“Pada waktu sama, penduduk sendiri perlu mengamalkan sikap menjaga kebersihan dan bukan tunggu aktiviti gotong-royong dilaksanakan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.