Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: PBT perlu nilai SOP turapan jalan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 FEB: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menilai semula spesifikasi dan ‘standard of procedure’ (SOP) penurapan jalan.

Kakitangan kerajaan, Nizam Said, 39, berkata pihak berwajib harus menilai secara keseluruhan supaya kerja membaik pulih jalan lebih berkesan dan berkualiti untuk jangka masa panjang.

_MG_0079“Kebiasaannya, jalan yang rosak sekadar ditampal sedangkan kerosakannnya sudah sampai ke dasar dan perlu dikorek dan dibuat semula.

“Jalan kembali rosak atau berlubang dalam tempoh singkat akibat proses baik pulih yang silap,” katanya.

Sementara itu, pegawai eksekutif, S Sathiya, 28, pula berkata masalah jalan rosak tidak akan selesai selagi sikap kurang bertanggungjawab pihak terlibat gagal dibendung.

_MG_0110“Saya percaya integriti dalam bekerja itu penting, jika tidak sebarang pembangunan dan penambahbaikan tidak akan berjaya.

“Lihat sahaja di kawasan Seri Muda ini, masalah jalan seakan sudah sebati dengan penduduk, tidak pernah bernokhtah,” katanya.

Pesara, Khoo Nee Kwai, 62, menyifatkan keadaan jalan rosak boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya dan membawa maut.

_MG_0073“Bukan itu sahaja, kenderaan turut rosak terutama tayar dan ‘sport rim’.

“Pasukan terlibat perlu lebih proaktif kenal pasti jalan yang kritikal seperti di Damansara Damai menghala masuk ke lebuh raya kerana terdapat lubang besar,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.