Categories
NASIONAL

Dr Aziz: “Sistem kehakiman, bebas untuk dengar cakap orang?”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 FEB: Institusi kehakiman tidak bebas mengikut lunas perundangan dan keadilan sebaliknya hanya mengikut lenggok kuasa badan eksekutif.

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak menafikan kebebasan yang ada namun mempersoalkan pengertian kebebasan kerana tidak digunakan dalam konteks sebenar.

10491266_10200199438785585_5887168084416510218_n“Dengan apa yang berlaku seperti kes Altantuya, Harel maknanya kehakiman Malaysia terpaksa mengikut lenggok Eksekutif maksudnya ia tidak dapat lari daripada senario politik semasa.

“Walaupun dikatakan bebas, kita tidak nafikan tetapi bebas untuk apa? Bebas untuk dengar cakap orang?, bebas untuk undang-undang dan keadilan?, sebab bebas itu macam-macam.

“Jadi pada saya, ia bebas tetapi bebas yang tidak betul. Pilihan yang tidak diterima dari segi logik, tidak dapat diterima dari segi keadilan.

“Saya tidak mengatakan hakim ini tidak bebas tetapi masalah kebebasan itu tidak digunakan mengikut yang ditetapkan undang-undang dan keadilan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai institusi badan kehakiman yang turut mendapat perhatian antarabangsa berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan terhadapa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, rakyat sendiri kena bangkit untuk tampil ke hadapan bagi membetulkan keadaan sedia ada supaya institusi kehakiman dapat berfungsi kembali seperti asal.

Menyentuh soal permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong beliau berkata, ia sukar dilakukan buat masa sekarang kerana tertakluk kepada kemahuan Kerajaan Persekutuan.

“Pengampunan itu kalau Kerajaan di Putrajaya mahu berbuat demikian. Jadi dalam keadaan sekarang itu sukar untuk berlaku.

“Datuk Seri (Anwar) ada maruah juga. Jadi saya rasa ini soal politik yang perlu diselesaikan dengan politik, ertinya rakyat kena membuat keputusan selepas ini kerana kita tahu (institusi) kehakiman gagal menjalankan fungsinya untuk memastikan keadilan.

“Jadi rakyat kena ke depan supaya (institusi) kehakiman itu dapat diperbetulkan dan kembali kepada fungsi yang asal,” katanya lagi.

Anwar semalam gagal mengenepikan rayuan dalam tuduhan Fitnah 2.0 ke sekaligus menyaksikan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.