Categories
NASIONAL

Dr Aziz: “Sistem kehakiman, bebas untuk dengar cakap orang?”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 FEB: Institusi kehakiman tidak bebas mengikut lunas perundangan dan keadilan sebaliknya hanya mengikut lenggok kuasa badan eksekutif.

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak menafikan kebebasan yang ada namun mempersoalkan pengertian kebebasan kerana tidak digunakan dalam konteks sebenar.

10491266_10200199438785585_5887168084416510218_n“Dengan apa yang berlaku seperti kes Altantuya, Harel maknanya kehakiman Malaysia terpaksa mengikut lenggok Eksekutif maksudnya ia tidak dapat lari daripada senario politik semasa.

“Walaupun dikatakan bebas, kita tidak nafikan tetapi bebas untuk apa? Bebas untuk dengar cakap orang?, bebas untuk undang-undang dan keadilan?, sebab bebas itu macam-macam.

“Jadi pada saya, ia bebas tetapi bebas yang tidak betul. Pilihan yang tidak diterima dari segi logik, tidak dapat diterima dari segi keadilan.

“Saya tidak mengatakan hakim ini tidak bebas tetapi masalah kebebasan itu tidak digunakan mengikut yang ditetapkan undang-undang dan keadilan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai institusi badan kehakiman yang turut mendapat perhatian antarabangsa berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan terhadapa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, rakyat sendiri kena bangkit untuk tampil ke hadapan bagi membetulkan keadaan sedia ada supaya institusi kehakiman dapat berfungsi kembali seperti asal.

Menyentuh soal permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong beliau berkata, ia sukar dilakukan buat masa sekarang kerana tertakluk kepada kemahuan Kerajaan Persekutuan.

“Pengampunan itu kalau Kerajaan di Putrajaya mahu berbuat demikian. Jadi dalam keadaan sekarang itu sukar untuk berlaku.

“Datuk Seri (Anwar) ada maruah juga. Jadi saya rasa ini soal politik yang perlu diselesaikan dengan politik, ertinya rakyat kena membuat keputusan selepas ini kerana kita tahu (institusi) kehakiman gagal menjalankan fungsinya untuk memastikan keadilan.

“Jadi rakyat kena ke depan supaya (institusi) kehakiman itu dapat diperbetulkan dan kembali kepada fungsi yang asal,” katanya lagi.

Anwar semalam gagal mengenepikan rayuan dalam tuduhan Fitnah 2.0 ke sekaligus menyaksikan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap beliau.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mat Taib : Umno Sudah Tak Mampu tetapi Buat-Buat Mampu

ceramah mat taib pasir panjang 03

SABAK BERNAM 4 MEI : Umno sebenarnya sudah tidak mampu mengurus negara ini tetapi senjaga buat-buat mampu, sinis mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Taib.

Bercakap dihadapan lebih 2,000 orang penduduk Kampung Bagan Terap, Sabak Bernam di sini, beliau yang baru menyertai PAS dilihat berjaya menarik perhatian komuniti Jawa dan Banjar yang tidak berganjak walau dalam hujan.

ceramah mat taib pasir panjang 02Setiap bicaranya yang sinis terhadap Umno-BN disambut dengan laungan takbir Allahu Akbar olehnya hadirin yang hadir dengan penuh bersemangat.

Di dalam ucapannya, Mat Taib berkata, Umno-BN sudah tidak mampu lagi mengurus negara dengan baik dan sudah tiba masanya ditukar kepada kerajaan PR.

ceramah mat taib pasir panjang 01“Umno ini sudah tak mampu, tapi buat-buat mampu, ini adalah masa yang terbaik untuk kita tukar kerajaan ini,” tegasnya.

Mat Taib mendakwa, Umno-BN tidak pernah membuka Al-Quran untuk dijadikan panduan semasa menguruskan parti itu sehingga menyebabkan pemimpin rasuah dan terlibat dengan pelbagai penyelewengan.

“Sudah tiba masanya kita ditadbir oleh golongan Ulama’ yang terbukti mampu mengurus negara dengan lebih baik,” ujarnya.

Turut hadir sebagai penceramah, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Prof Dr Aziz Bari dan calon PAS DUN Sabak, Sallehen Mukhyi.

Categories
NASIONAL

Prof Dr Aziz Bari – Fokus Calon PRU 13


 

Sinopsis

Prof Dr Aziz Bari Anak kelahiran Sungai Besar merupakan calon PKR yang akan bertanding di P092 Sabak Bernam. Beliau terkenal sebagai seorang pakar perlembangaan dan pernah menjadi pensyarah Undang-undang di UIA.

Beliau juga telah mendedahkan kepincangan sistem perlembagaan negara ekoran isu rampasan kuasa oleh BN di Perak.

Beliau juga mendedahkan pelbagai kepincangan dalam sistem maklumat kerajaan BN berhubung tragedi pencerobohan di lahat Datu sabah yang mengorbankan lapan anggota keselamatan.

Categories
NASIONAL

Perjanjian Beli Senjata, Cubaan Aniaya Kerajaan Baru?

aziz-bari-ekonomi-najib

SHAH ALAM, 3 APRIL: Tindakan menandatangani 24 perjanjian kerjasama dan memorandum persefahaman pertahanan bernilai lebih RM4.2 bilion oleh Kerajaan Umno-BN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan banyak persoalan.

Antara persoalannya, adakah perjanjian itu dibuat untuk memperolehi komisyen dan cubaan membebankan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya PR berjaya menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) nanti.

Demikian beritahu pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari ketika dihubungi TV Selangor.

“Dalam keadaan dia masih takut-takut nak bubar sebelum lima tahun, dia buat komitmen yang begitu besar, ini signal yang tak begitu baik untuk rakyat.

“Perbelanjaan berbilion ringgit ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan yang baru bukan kerajaan yang hujung-hujung atau pun tinggal nyawa ikan.

“Umno-BN patut tunggu lepas pilihan raya dan tengok apa berlaku dahulu (kerana) dalam PR ada harapan cerah ke Putrajaya, ia semacam nak bebankan kerajaan baru atau juga nak bagi komisyen berlipat ganda kepada kroni mereka,” kata Dr Aziz yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tindakan ini menyamai taktik ‘bumi hangus’ ketika Jepun hampir menawan Tanah Melayu dan pihak British bertindak memusnahkan infrastruktur seperti jalan raya, landasan keretapi, jambatan, ladang getah, lombong dan telaga minyak di Miri bagi tujuan sabotaj.

Perjanjian bernilai RM4.2 bilion ditandatangani Kementerian Pertahanan Malaysia ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) berlangsung baru-baru ini.

Pameran LIMA merupakan satu acara tahunan yang diadakan pada setiap bulan Disember setiap tahun.

Bagaimanapun, buat pertama kali acara tersebut dipercepatkan pada bulan Mac berbanding 11 edisi sebelumnya diadakan dalam musim cuti persekolahan hujung tahun sekaligus seolah-olah mengesahkan dakwaan bahawa LIMA 13′ diadakan dalam keadaan tergesa-gesa untuk acara tandatangani perjanjian itu.

Categories
NASIONAL

SKMM Siasat Yassin Isu Siaran RFM – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 02042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam memanggil penyanyi dan komposer lagu popular, Yasin Sulaiman sebagai saksi bagi menyiasat stesen Radio Free Malaysia (RFM) merupakan usaha menyekat kebebesan media di negara ini.

2. Tuduhan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Manifesto Rakyat akan melonjakkan defisit ke paras 11.5% dan hutang kerajaan ke paras 62.1% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenarnya membelakangkan fakta prestasi pengurusan ekonomi yang buruk di bawah Umno-BN.

3. Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari menyifatkan Kerajaan Negeri Sembilan yang ada hari ini tidak ubah seperti memandu kereta yang tamat tempoh insuransnya.

4. Kaum wanita diseru supaya sentiasa bersabar dalam menghadapi rutin hidup sebagai isteri dan Ibu serta perlu berusaha untuk maju dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Aziz Bari: Negeri Sembilan Ibarat Pandu Kereta Tanpa Insurans

aziz bari 2

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata Kerajaan Negeri Sembilan yang ada hari ini sama seperti memandu kereta yang tamat tempoh  insuransnya.

Ini kerana Kerajaan Negeri Sembilan yang mendapat mandat dalam Pilihan  Raya Umum ke 12 (PRU-12) pada 2008 lalu sudah terbubar secara automatik pada 26 Mac lalu.

“Ini macam bawak kereta selepas insuransnya sudah mati, ini perkara yang tidak wajar dan saya fikir orang Negeri Sembilan kena ambil maklum perkara ini,” kata Dr Aziz Bari kepada TV Selangor hari ini.

Beliau menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya sudah membuat persiapan dan memaklumkan kepada rakyat Negeri Sembilan tentang tindakan yang akan diambil dalam isu pembubaran DUN negeri itu.

“Apa yang berlaku di Negeri Sembilan tiada kena mengena dengan persekutuan, jadi seolah-olah walaupun kerajaan sudah tamat, Dewan (Undangan Negeri) sudah bubar dan kerajaan sementara tak dilantik secara formal, SPR masih buat tak tahu sahaja.

“Jadi secara tidak langsung SPR memberi kelebihan tak sepatutnya kepada BN, sepatutnya SPR dah buat persiapan kerana seperti saya katakan tadi Negeri Sembilan tidak ada kena mengena dengan Parlimen yang tak bubar.

“Rakyat Negeri Sembilan tidak harus pun bayar gaji Kerajaan Negeri Sembilan yang sudah tidak sah lagi itu hanya kerana (Datuk Seri) Najib (Razak) tak bubar,” ujar beliau lagi.

Beliau juga menggesa rakyat Negeri Sembilan menghukum Umno-BN dalam PRU-13 nanti atas tindakan yang sengaja bagi memanjangkan kuasa mereka.

Selepas mendapat mandat melalui PRU-12 pada 2008 lalu, DUN Negeri Sembilan memulakan persidangan pertama mereka pada 26 Mac 2008.

Selepas genap lima tahun pentadbiran, mandat tersebut tamat secara automatik pada pada 26 Mac lalu, yang merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Bagaimanapun selepas pembubaran itu SPR tidak memaklumkan apa-apa tindakan yang sepatutnya diambil oleh badan yang sepatutnya bebas dari pengaruh mana-mana parti politik.

Keadaan tersebut sekaligus memberi kelebihan kepada Umno-BN yang mentadbir Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan.