Categories
SELANGOR

Dua beradik jalan kaki seluruh semenanjung misi cuci Masjid

SHAH ALAM 22 FEB: Dua beradik berasal dari Sabak Bernam, Selangor kini sudah berada di Muar dalam pengembaraa ke seluruh semenanjung dalam misi mencuci masjid dalam kembara berjalan kaki mereka.

Mereka Anas Aiman Jaffry, 27 dan Muhamad Aidil, 24, memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

cuciSehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

“Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

“Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula,” kata Anas dipetik Harian Metro.

Katanya, tujuan kembara adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid milik semua.

“Antara keperluan dibawa termasuk khemah kerana khuatir kami tidak dibenarkan bermalam di masjid, selain bekalan ubat dan air.

“Kami juga menggunakan troli kecil bagi memastikan keselesaan membawa barang dan kembara dapat berjalan lancar.

“Kami semua berhenti kerja hanya untuk menjayakan kembara ini dan memilih berjalan supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami kehidupan masyarakat setempat,” katanya.

Menurutnya, mereka yakin mampu menamatkan kembara sebelum Ramadan kali ini.

Katanya, setiap seorang daripada mereka hanya mempunyai RM1,000 dan bersyukur orang ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi mengurangkan beban mereka.

“Kalau tidak mencapainya, kami akan tetap meneruskannya dan sedia berpuasa dan beraya di jalanan,” katanya.

Gambar: Harian Metro

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.