Categories
SELANGOR

Gergasi Merah cipta rekod gol terpantas 35 saat

SHAH ALAM 22 FEB: Pasukan Bola Sepak Selangor menunjukkan aksi hebat dengan membuat jaringan terpantas Liga Malaysia musim ini apabila permainan hanya bermula dalam 35 saat.

Dalam perlawanan menentang pasukan JDT di Stadium Shah Alam malam tadi, Andik Vermansah meletakkan tuan rumah di depan yang seterusnya menceriakan 30,000 penonton.

fas 5Andik menjaringkan gol yang boleh dikira paling pantas dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila meledak ketika permainan baru sahaja bermula.

Berpunca situasi sepakan percuma yang gagal dikeluarkan dengan baik oleh pertahanan JDT, Andik berjaya merampas bola serta memperdayakan dua pemain lawan.

Dia dengan tenang melepaskan rembatan menarik ke penjuru kanan pintu gol JDT yang tidak mampu digapai bekas penjaga gol Selangor, Mohd. Farizal Marlias.

JDT akhirnya mendapat gol penyamaan melalui cara yang kontroversi pada minit ke-62 melalui Figueroa ketika Azmi Muslim masih terbaring dalam kawasan penalti selepas berlaga dengan Norazlan.

Keputusan pengadil yang tidak memberhentikan permainan membuka ruang kepada JDT meneruskan serangan dan percubaan Safiq dapat diselamatkan Norazlan yang mengenai tiang gol.

Bola tepat hadir ke arah Figueora sebelum bekas pemain antarabangsa Argentina itu yang membuat susulan, mudah menewaskan Norazlan melalui sepakan jarak dekat.

Situasi itu mengundang rasa berang Jurulatih Selangor Mehmet Durokovic yang bingkas menyerbu ke arah bangku simpanan pemain dan pegawai JDT kerana mendakwa mereka tidak mempunyai semangat kesukanan.

Perlawanan berkesudahan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dengan seri 1-1.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.