Categories
NASIONAL

Harga minyak dunia jatuh, TNB patut turunkan tarif elektrik

SHAH ALAM 2 FEB: Tenaga Nasional Berhad (TNB) patut menurunkan tarif elektrik ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, berkata, kajian UOB Kay Hian menganggarkan TNB berjimat RM424 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2015.

TNBManakala Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpendapat TNB dapat menjimatkan RM310 juta kos bahan api bagi separuh pertama tahun ini dan RM703 juta pada tahun 2015.

“Firma penyelidikan itu turut menganggarkan TNB dapat menjimatkan kos RM667.8 juta, atau 13.8 peratus operasinya berikutan harga arang batu lebih rendah, iaitu di bawah USD65 per tan metrik,” katanya dalam kenyataan media.

Kerajaan pada Januari tahun lalu menaikkan tarif elektrik 16 peratus berikutan peningkatan harga minyak mentah antarabangsa.

Ini kerana harga penanda aras arang batu pada Januari 2014 bagi tarif elektrik adalah RM275 per metrik tan (kos arang batu: USD87.5 per tan metrik pada harga RM3.14 / USD).

Pada Disember 2014, harga arang batu 21 peratus lebih rendah, iaitu RM217 per metrik tan (kos arang batu: USD62 per tan metrik pada RM3.50 / USD).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.