Categories
SELANGOR

Isu tanah Rancangan Revolusi Bukit Hijau diteliti

SHAH ALAM 1 FEB: Kerajaan Selangor memberikan jaminan meneliti memorandum dan meneliti masalah di tapak Rancangan Revolusi Hijau, Bukit Cherakah minggu depan

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, peneroka yang lebih 10 tahun meneroka kawasan itu mempunyai hak untuk pemilikan namun ia perlu melihat pelbagai aspek perundangan sebelum membuat keputusan.

IMG_5685Katanya, pihaknya akan selidik terlebih dahulu status tanah itu sekiranya ia mempunyai status hak milik persendirian atau mempunyai kes di mahkamah.

“Jika ia bersangkut kes di mahkamah, ia harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum diserahkan sebagai hak milik kepada mereka (peneroka).

“Jika ia sah tanah milik kerajaan, kita tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkannya bagi diserahkan kepada peneroka asal,” katanya pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Selangor di Shah Alam Convention Centre Mall.

Beliau turut memberi jaminan akan meneliti bantahan yang dikemukakan menerusi Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei.

“Kita sentiasa mendengar bantahan yang dikemukakan, dan kita akan melihat masalah di tapak projek itu,” katanya.

Beliau berkata ketika diminta mengulas isu peneroka Rancangan Revolusi Hijau, Bukit Cherakah peringkat satu, dua dan tiga.

Sebelum ini, lebih 1,000 orang peneroka tanah di bawah Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cerakah (RRHBC), Kuala Selangor menuntut Menteri Besar supaya menyelesaikan isu pertikaian tanah mereka yang berlarutan sejak 13 tahun lalu.

Para peneroka yang pada asalnya telah menyerahkan tanah mereka ma­sing-masing dianggarkan seluas 1.2 hektar kepada dua syarikat menerusi satu perjanjian pada 2002 untuk pembangunan bercampur.

 Berdasarkan perjanjian tersebut katanya, para peneroka tanah yang terlibat akan menerima manfaat bernilai RM360,000 yang mana sebahagiannya dibayar dalam bentuk sebuah rumah teres dua tingkat bernilai RM180,000 manakala ba­kinya dalam bentuk wang tunai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.