Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Anwar makin kurus, berpuasa tapi bersemangat

SHAH ALAM 14 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitakan semakin kurus dan mula berpuasa di penjara Sungai Buloh.

Menurut anaknya, Nurul Izzah, ayahnya, masih bersemangat terus berjuang ketika lawatan sulong keluarga Anwar sejak dipenjara pada Selasa 10 Februari.

Perkara itu dimaklumkan Nurul Izzah dalam temuramah bersama media semalam dirumah keluarga Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergegas ke Kota Bharu untuk menziarahi keluarga Datin Tuan Sabarian Tuan Ishak yang kehilangan suaminya Datuk Nik Aziz Nik Mat Khamis lalu selepas berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sungai Buloh pagi semalam.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan pemergian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang.

Perumpamaan itu diberikannya melalui isterinya, Wan Azizah sebelum dimuat naik di blog dan Facebook.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.