Categories
NASIONAL

Selebriti dalam & luar negara rasai pemergian Almarhum Nik Aziz

SHAH ALAM 14 FEB: Pemergian Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dirasai artis dan penggiat seni negara dan luar negara yang meluahkan rasa terharu dan sedih dengan berita pemergian itu.

Pelakon Indonesia yang terkenal dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi turut melahirkan ucapan takziah di akaun twitternya.

“Innalillahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Semoga Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz ditempatkan di tempat terbaik d isisi Allah SWT,” tulisnya.

oki-kelantan1Oki pada 2012 pernah melawat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz semasa menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran kerajaan Kelantan.

Oki sempat mengikuti kelas pengajian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pada ketika itu dan mendeklamasikan sajak menceritakan tanggapan Oki terhadap Kelantan di bawah naungan Ulama semasa pemerintahan Mantan Menteri Besar Kelantan itu.

OKI SETIANA

Neelofa melalui akaun Instagramnya berkongsi gambar bersama Allahyarham sebelum ini meluahkan rasa sedihnya dengan berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan yang besar buat umat Islam.

“Semoga roh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diberi kedudukan yang tertinggi di dalam syurga dan diberi cahaya kebesaran,” tulisnya.

Abby Abadi sempat berkongsi beberapa gambar dan video ketika menyertai upacara penghormatan terakhir dan pengebumian Allahyarham di Pulau Melaka, Kelantan.

Sambil meluahkan rasa sedih, Abby juga menulis mengenai perasaan rindunya untuk kembali berbual serta bertemu mata dengan murabbi itu.

“Rindu nak bersembang dengan Tok Guru. Semoga bertemu di syurga,” tulisnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.