Categories
SELANGOR

Kekang sampah haram, 7 lori di sita

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 FEB:  Tujuh buah lori disita di lima lokasi hotspot pembuangan sampah haram oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang beroperasi, sejak Januari lalu.

MPSJ memandang serius isu pembuangan sampah haram yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

IMG-20150121-WA0073“Kesalahan itu membabitkan pembuangan sampah di kawasan awam kecuali dengan cara ditetapkan MPSJ.  Segala kesalahan akan disusuli dengan tindakan mahkamah.

“Orang awam diingatkan tidak membuang sampah di kawasan awam di bawah MPSJ,” kata MPSJ dalam satu kenyataan media.

MPSJ juga akan menyediakan khidmat kutipan sampah untuk orang awam di perumahan teres dan kos rendah.

Bayaran yang dikenakan adalah RM50 satu tan dan MPSJ akan menguruskan kerja kutipan sampah dalam tempoh 24 jam.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat mendapatkan perkhidmatan kutipan sampah pokok/pukal atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan berkenaan diminta menghubungi talian 03-8026 4410/4411.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.