Categories
NASIONAL

Lebih 20,000 hadir solat jenazah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz

Oleh: AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 13 FEB: Lebih 20,000 orang awam termasuk pemimpin negara berkumpul di Dataran Masjid Pulau Melaka bagi menantikan detik mendirikan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada jam 10 pagi.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali juga selamat tiba Pulau Melaka bagi menziarahi jenazah Allahyarham Nik AzizĀ  yang kembali ke rahmatullah, jam 9.40 malam tadi.

IMG_5870Suasana di sekitar Pulau Melaka mula sesak sejak malam tadi selepas makluman pemergian mantan Menteri Besar Kelantan itu dihebahkan melalui media dan laman sosial.

Orang awam juga diberikan peluang untuk melihat kali terakhir jenazah Allahyarham yang dikenali sebgai Tok Guru itu sejak semalam.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menziarahi Allahyarham.

Selain itu, kelihatan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Adun Negeri Kelantan.

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sebelum melepaskan jawatan akibat faktor kesihatan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.