Categories
SELANGOR

MB: Jangan jual tanah, jadikan aset bermanfaat

Oleh: AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH, 28 FEB: Penerima geran pemilikan tanah dinasihatkan supaya menjaga aset berkenaan dan tidak menjualnya untuk keuntungan jangka pendek.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin, berkata tanah sedia ada merupakan aset bernilai dan perlu disuburkan sebaik mungkin untuk kepentingan masa depan.

5a 2“Saya mahu tegaskan mereka yang dianugerahkan tanah kerajaan ini, jangan menjual tanah itu untuk jangka pendek kerana ini aset paling penting bagi diri kita, keluarga dan waris pada masa akan datang,” katanya.

Kata beliau, premium tanah perlu dibayar mengikut kadar semasa sekiranya tanah itu dijual kepada pembeli baru.

Beliau menambah, Kerajaan Negeri bersedia untuk terus memberikan hak rakyat dalam milikan tanah ditambah dengan penggunanan sistem pembayaran premium berjumlah RM1,000.

Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah dan Penyampaian Notis 5A berlangsung meriah di Kampung Sri Indah A dengan jumlah penerima seramai 137 orang.

106 orang daripada mereka menerima geran tanah manakala selebihnya menerima Notis 5A yang terdiri daripada penduduk Kampung Sri Indah B dan Kampung Nakhoda.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.