Categories
SELANGOR

MPSJ perluas Pusat Biomass Bersepadu

Oleh: NAEEM RAFFI

SUBANG JAYA, 24 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berhasrat membuka Pusat Biomass Bersepadu kedua bagi menjayakan lagi usaha pembangunan Bandar Hijau.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, inisiatif itu diambil selepas kejayaan Pusat Biomass Bersepadu di Bukit Puchong yang ditubuhkan sejak 2012.

“Setakat ini, kita ada Pusat Biomass di tanah seluas dua ekar dan berhasrat membuka sebuah lagi di kawasan lain.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (3)“Kali ini lebih besar membabitkan tanah seluas lima ekar. Kita masih dalam peringkat perancangan memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diperincikan,” katanya kepada Selangor kini dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya, hari ini.

MPSJ mengambil inisiatif membangunkan Bandar Biomass dengan memilih Serdang sebagai pilot projek pada 2012 melalui Pelan Tindakan Bandar Hijau 2030 .

Bandar Biomass MPSJ memfokuskan sembilan bidang utama membabitkan khidmat komuniti, alam sekitar, kejuruteraan, bandaraya hijau, sumber maklumat, bandar selamat, pembangunan modal insan, perkhidmatan perbandaran dan pengindahan persekitaran.

Inisiatif pintar itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penyelidik daripada Kementerian Perikanan dan Perhutanan Jepun.

MODEL BIOMASS MPSJSehubungan itu, Nor Hisham berkata, Pusat Biomass Bersepadu MPSJ di Bukit Puchong dibangunkan bagi pengurusan sisa buangan (makanan atau organik) dan menghasilkan produk berguna seperti baja kompos melalui kitar semula.

“Walaupun Pusat Biomass ini tidak dibuat secara mega seperti negara maju, MPSJ berhasrat menjadi PBT peneraju Bandar Hijau memandangkan Malaysia menghasilkan 60 peratus bahan buangan dari bio-organik,

“Inisiatif ini selaras dengan dengan tagline ‘Vibrant City’ untuk menjadikan MPSJ sebagai perbandaran mampan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.