Categories
SELANGOR

NGO: Projek Lebuhraya Kidex patut dikeluarkan dari Rancangan Struktur Selangor 2035

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Badan Bukan Kerajaan (NGO) ‘Say No To Kidex’ gembira dengan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) yang menyaksikan perjuangan mereka selama ini akhirnya berhasil.

Jurucakapnya, K W Mak ketika dihubungi Selangor Kini berkata, projek Lebuhraya Kidex itu juga perlu dikeluarkan daripada senarai projek yang akan dilaksanakan dalam Laporan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

no kidexTindakan itu katanya selari dengan pengumuman pembatalan projek lebuhraya Kidex seperti yang diumumkan hari ini.

“Kami dari Say No To Kidex amat berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kerana mengumumkan pembatalan Kidex.

“Kami juga ingin meminta supaya projek Kidex dikeluarkan daripada laporan tinjauan rancangan struktur Negeri Selangor 2035 apabila Kidex telah dimasukkan dalam laporan itu.

“Laporan tersebut adalah sah dari segi undang-undang, jadi kami nak minta pembatalan laporan itu selaras dengan pengumuman pembatalan projek Kidex,” katanya.

katanya, rakyat tidak akan menolak projek pembangunan pengangkutan awam seperti pembinaan LRT dan MRT kerana ia memberikan manfaat kepada semua berbanding pembinaan lebuhraya yang menguntungkan pihak konsesi sahaja.

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga sayarat yang ditetapkan sebelum 14 Februari 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.