Categories
KENYATAAN MEDIA

Nurul Izzah: “Kami tidak akan menyerah kalah demi Malaysia”

Penganiayaan politik terhadap Anwar Ibrahim menerusi badan kehakiman berlaku kerana beliau merupakan ancaman nombor satu kepada kekuasaan UMNO.

Kes ini bukan sahaja mengenai Anwar Ibrahim tetapi dunia harus tahu bahawa terdapat penganiayaan yang jauh lebih besar dan tersusun yang sedang berlaku di Malaysia.

PC Nuha Ibrahim March of Freedom (1)Dunia perlu tahu bahawa suara-suara kebebasan sedang dianiaya menggunakan undang-undang keji zaman penjajah sementara puak ekstremis dan isu perkauman dimainkan serta dilindungi.

Dunia perlu tahu di Malaysia tiada kebebasan media.

Dunia perlu tahu di Malaysia tiada pilihanraya bebas dan adil.

Kita perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana hak-hak asas demokrasi untuk pilihanraya terus dimusnahkan menerusi penindasan hak pengundi dan proses persempadanan yang tempang.

Sudah sampai masanya kita bawakan perjuangan menuntut kebebasan kepada dunia bahawa demokrasi, kehakiman dan pilihanraya kita telah dipenjarakan – usaha berterusan demi semua rakyat Malaysia.

Kami yakin dengan kebenaran ini kerana sejarah dan peristiwa-peristiwa terkini terutamanya di Sri Lanka menunjukkan bahawa kemaraan kebebasan dan kebangkitan rakyat akhirnya akan berjaya.

Oleh itu hari ini bagi mereka yang merasakan kekuasaan dan kekayaan yang dibina dari penindasan dan ketidakadilan boleh kekal selama-lamanya wajib sedar masa mereka sudah tamat.

Kami akan terus berjuang, terus mara dan tidak akan menyerah kalah demi Malaysia yang lebih baik.

* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai

Leave a Reply

Your email address will not be published.