Categories
SELANGOR

Pemilik kilang puji komitmen Adun Subang Jaya bantu dapat hak milik

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 5 FEB: Selepas berbelas tahun memperjuangkan hak milik individu kilangnya, Faridza Jan Gulam Khan, berasa lega apabila usaha keras itu berbaloi hari ini.

Mengimbau usahanya dan rakan, Faridza, 52, yang menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat (IT) memuji komitmen Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh serta pihak pemaju.

FARIDZA JAN BT GULAM KHAN 52“Bezanya, pihak yang terlibat dahulu tidak bertanggungjawab dan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

“Kini, kita dapat lihat Hannah dan pasukannya begitu bersungguh dan menemui formula bagi memudahkan urusan kami hingga berjaya dapat hak milik secara sah,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, beliau bersama 178 pemilik kilang di Taman Industri Subang USJ 1 menerima hak milik individu yang diserahkan Hannah dalam satu majlis di Dewan Serbaguna SS 15, di sini, hari ini.

Sementara itu, pesara guru, Rohaya Samad, 58, yang mempunyai dua lot kilang berasa lebih yakin untuk menghantar permohonan bagi memperoleh hak milik.

ROHAYA BINTI SAMAD 58“Daripada arwah suami masih ada hingga beliau meninggal dunia, kami sering kecewa apabila usaha tidak kesampaian dan wang terbang begitu sahaja.

“Tetapi, selepas saksikan sendiri majlis hari ini, saya pasti akan menyambung perjuangan suami dalam memastikan hak milik ini diperoleh seperti rakan lain,” katanya.

Seramai 170 pemilik lain yang masih tidak menyempurnakan permohonan berpeluang berbuat demikian, sehingga Mac ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.