Categories
SENI

Penulis munafik dan pembaca malang

Oleh Muhammad Arif Bazli

Penulis ghairah membangunkan kata-kata dari kamar hidup mereka.

Segelintirnya mengumpulkan status-status kecil di media sosial, kemudian dianggap sebagai naluri kata.

Menyegerakan proses penerbitan buku. Cepat dan meletup. Mencipta ruang fenomena baru.

Penulisan sebegitu umpama memasang bom jangka pada khazanah penulisan tanah air – menjadikan penikmatnya cepat mati pucuk.

Mereka membunuh keindahan dunia seorang penulis. Bukan sahaja melacur bahasa tetapi mengadai maruah kualiti kata yang wajar diletak pada tempat bernama karya.

Penulis sebegini patut dihantar ke neraka lebih awal. Karya mereka membunuh ribuan pembaca malang yang masih wujud di muka bumi ini.

Seperti yang berlaku kepada seorang pembaca malang bernama Xu Lzhi kelahiran Guandong China.

Kematiannya diratapi golongan buruh kerana semangat beliau melawan sistem kapitalis. Kekecewaan memuncak terhadap kegagalan hidup untuk mendapatkan pekerjaan berkaitan dengan biblioholisme.

Akhirnya, beliau memilih bekerja sebagai buruh di sebuah kilang hingga tamat riwayatnya apabila membunuh diri pada 30 September 2014 dalam usia muda – 24 tahun.

Sikap masyarakat yang tidak memahami diri dan kerjaya seterusnya bekerja berdasarkan kekuatan kabel seperti yang berlaku akhir-akhir ini.

Wartawan yang tidak kenal betina menulis tentang kejijikan pelacur. Guru yang tidak kenal anak muridnya, menulis tentang kebobrokan sistem pendidikan.

Xu Lzhi menulis sajak untuk merakam sepak terajang kehidupan sebagai seorang insan malang yang menghuni dunia kapitalis.

Sajak terkenalnya bertajuk Bilik Sewa.

ruang sepuluh meter persegi
sempit dan lembap, tiada cahaya
matahari sepanjang tahun
di sini aku makan, tidur, najis,
dan berfikir
batuk, mendapat sakit kepala,
bertambah tua, jatuh sakit
tetapi masih gagal untuk mati
di bawah cahaya kuning yang
membosankan lagi. Aku merenung
tanpa sedikit perasaan, ketawa kecil
seperti orang bodoh
aku langkah kau ke belakang dan
sebagainya, menyanyi lembut,
membaca, menulis puisi
setiap kali aku membuka tingkap
atau pintu rotan yang
aku rasa seolah-olah seperti
orang mati
perlahan-lahan menolak terbuka
pembuka keranda.

Akhirnya, semua manusia berlumba-lumba menyelongkar kebenaran dan penulis sibuk membersihkan saki-baki kekotoran yang melekat dalam wilayah kata mereka.

Konflik dalam diri adalah proses melambatkan ketergesaan perjalanan hidup. Kadangkala indah dan sering kali juga menyakitkan.

Xu Lzhi menulis puisi bertajuk Konflik sebagai perakam citrawarna kehidupan dalam pergolakan konflik masyarakat yang memuncak.

Mereka semua mengatakan
aku seorang kanak-kanak yang
kurang bercakap
aku sama sekali tidak menafikan
tetapi sebenarnya
sama ada aku bercakap atau tidak
dengan masyarakat ini aku akan masih
konflik

Tanpa konflik yang mewarnai hidup, apalah erti sebuah karya penulisan. Melainkan penulisan cari makan untuk ruangan setiap Ahad atau paling kurang sebulan sekali.

Penulis yang bertukang memperteguh idea untuk memaut beribu destinasi zaman, pasti dikenang walaupun masyarakat tidak menganggap karyanya mengikut kelangsungan zaman.

Selepas puluhan tahun, generasi seterusnya akan menyelongkar kembali karyanya.

Seperti kebanyakan kelompok penulis negara ini yang diwakili golongan kelas menengah. Mereka sekadar tahu jerih payah masyarakat bawahan tetapi sebenarnya tidak memahaminya.

Sekadar menangkap emosi ketika sibuk menulis. Menutup kisah Xu Zhi dan sajaknya yang bertajuk Aku Hanya Tertidur:

Hanya Berdiri seperti Itu.

kertas, sebelum mata aku pudar kuning
dengan pen keluli aku pahat di
atasnya hitam tidak sekata
penuh dengan kata-kata kerja
bengkel, barisan pemasangan, mesin,
kad kerja, gaji kerja lebih masa
mereka telah melatih aku untuk
menjadi jinak
tidak tahu bagaimana untuk menjerit
atau pemberontak
bagaimana untuk membuat aduan
atau menolak
hanya bagaimana untuk senyap
mengalami keletihan
apabila aku mula-mula menjejakkan
kaki di tempat ini
aku berharap hanya untuk slip gaji
kelabu pada hari kesepuluh setiap bulan
untuk memberi aku ketenangan
yang lanjut
untuk ini aku terpaksa mengisar dari
sudut aku, mengisar lagi kata-kata aku
enggan ponteng kerja, menolak cuti
sakit, tidak memberikan kebenaran
atasĀ  sebab peribadi
enggan terlambat, enggan pulang awal
aku bekerja berdiri lurus seperti besi,
tangan seperti beterbangan,
berapa hari, berapa banyak malam
adakah aku – begitu sahaja – jatuh
berdiri tertidur?

Yang sebenar-benar penulis pasti dikunjungi pelbagai golongan masyarakat dan dijadikan syurga kehidupan untuk membangunkan taman idea yang banyak belum diselongkar.

Nilai karya terletak pada kualiti yang dapat merai kemanusiaan yang masih tercari-cari kehausan makna dari kejernihan kata yang pada hari ini masih keruh dengan keladak kemunafikan yang belum reda sama sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.