Categories
SELANGOR

Sebuah lagi Maahad Tahfiz Integrasi di Bagan Lalang 2015

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 26 FEB: Kerajaan Negeri bakal membina sebuah lagi Maahad Tahfiz Integrasi tahun depan bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap sekolah berkenaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sekolah itu akan dibina di Bagan Lalang, Sepang sebagai tambahan kepada Maahad Tahfiz Integrasi sedia ada.

“Tidak dinafikan permintaan daripada ibu bapa terlalu tinggi. Kalau kita lihat keputusan pelajar di sekolah rendah agama,  yang mendapat Mumtaz sahaja melebihi 4,000.

_MG_1587“Tempat sedia ada terhad iaitu lebih kurang 3,700. Kalau nak tempatkan pelajar Mumtaz sahaja tidak cukup.

“Kerajaan Negeri memang berusaha membina sekolah berkenaan yang setakat ini ada tiga buah sahaja. Perancangan pada tahun depan, kita akan wujudkan sebuah di daerah Sepang iaitu di Bagan Lalang,” katanya kepada Selamgor Kini selepas meraikan peserta Lambaian Kaabah Selangorku, di KLIA, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada masalah dari penyediaan bangunan tetapi ada faktor lain agak sukar dipenuhi dalam masa singkat.

“Kos operasi terlalu tinggi contohnya kursus sains tulen perlukan makmal, maka kita perlukan kos tinggi.

jais kafa 2“Kedua, guru akademik untuk mengajar subjek seperti matematik tambahan, biologi dan fizik juga menjadi masalah kepada kita,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kassim meminta Kerajaan Negeri membina lebih banyak Maahad Integrasi Tahfiz bagi memenuhi permintaan tinggi pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran ke sekolah berkenaan.

Katanya, ia susulan sambutan ibu bapa terhadap pendidikan Islam yang sangat menggalakkan sejak beberapa tahun ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.