Categories
SELANGOR

Radzi lepas jawatan SU Akhbar MB disebabkan kesihatan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 14 FEB: Setiausaha akhbar kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Radzi Razak, 29,  mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.

Katanya, keputusan itu diambil atas alasan kesihatan dan berharap ia tidak dijadikan spekulasi.

radzi“Saya tidak lagi mewakili kerajaan Selangor (setiausaha akhbar) dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan.

“Buat masa ini saya hanya berehat panjang dan fokus mencari penyelesaian masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Radzi adalah aktivis media bersama Gerakan Media Marah (GERAMM) berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin selama hampir empat bulan sejak November tahun lalu.

Radzi memulakan kerjaya wartawannya di TVSelangor (2009-2011), AntaraPos (2011-3 bulan), The Sun (2012-2013) dan kemudiannya ke Malaysiakini (2014).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.