Categories
SELANGOR

Terima kasih Kerajaan Negeri bagi peluang kami tunaikan umrah-rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 26 FEB: Kalangan peserta program umrah Lambaian Kaabah Selangorku memuji langkah Kerajaan Negeri yang mementingkan soal ibadah dan agama kepada rakyat.

Mereka yang terpilih juga mengucap syukur kerana Kerajaan Negeri menghargai segala sumbangan rakyat yang turut membantu dalam pembangunan Selangor.

ZAINUDDIN AHMAD 37Petugas Invest Selangor Berhad, Zainuddin Ahmad, 37, berkata program itu bagus kerana tidak semua orang mampu membiayai kos mengerjakan ibadah umrah atau haji.

“Alhamdulilah, saya terpilih memenuhi kuota syarikat untuk program kali ini.

“Kerajaan Negeri begitu peka terhadap keperluan rakyat kerana bukan semua orang menyediakan kos untuk menunaikan umrah,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Seramai 64 peserta terpilih dalam program itu berangkat hari ini yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, (Jais), Datuk Haris Kassim bagi meraikan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MOHD MISLAH  44Rakan sekerjanya, Mohd Mislah Maryaman, 44, turut memjui memuji langkah Kerajaan Negeri yang sinonim dengan konsep peduli rakyat.

“Saya terpilih kali pertama dan memang teruja kerana tidak menyangka impian selama ini menjadi kenyataan. Semoga ia berterusan kerana banyak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Peserta dari Rawang, Siti Fatimah Mohd Amar, 47, berkata penekanan dalam mengerjakan ibadah dan soal agama oleh Kerajaan Negeri wajar dipuji dan menjadi contoh kepada pihak lain.

“Program ini sangat bagus kerana ramai terpilih untuk turut serta. Memang patut diadakan lagi supaya lebih ramai rakyat Selangor dapat menunaikan ibadah ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.