Categories
SELANGOR

Selangor teruskan misi bantu mangsa banjir, Kelantan puji sikap proaktif

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 FEB: Kerajaan Negeri memutuskan untuk terus menghantar bantuan dan sokongan pasca banjir ke Kelantan.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, pihaknya kini masih berbincang dengan Kerajaan Kelantan berkenaan bentuk bantuan yang perlu disalurkan.

“Kita akan teliti dahulu keperluan Kelantan sebelum sebarang keputusan dibuat supaya kepentingan dapat didahulukan.

ean“Kerajaan Negeri sentiasa berbesar hati untuk bersama membantu rakyat Kelantan,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, beliau menerima lawatan rasmi Kerajaan Kelantan di pejabatnya di Bangunan SUK, di sini, ditemani timbalannya, Lee Kee Hiong.

Kerajaan Kelantan diwakili Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood; timbalannya, Abdul Rahman Yunus danĀ  Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Hazmi Abdul Hamid.

azmin banjirPada masa sama, Abdul Fattah memuji sikap Kerajaan Selangor yang proaktif dan sistematik dalam menghulurkan bantuan ke Kelantan sebelum ini.

“Kerajaan Selangor bukan sahaja antara terawal menghantar misi tetapi lebih tersusun kerana memaklumkan terus kepada Kerajaan Kelantan.

“Jadi, kami dapat susun gerak kerja pasukan Selangor dan menjadikannya lebih tersusun. Kita berharap Selangor sudi membantu lagi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.