Categories
SELANGOR

Semua pihak patut bekerjasama tangani aktiviti haram

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 FEB: Kerajaan Negeri menyeru semua pihak supaya tidak bermain politik dan bersikap serius dalam membanteras aktiviti haram yang dikatakan berleluasa ketika ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan yang memaklumkan Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa menyekat aktiviti judi haram, sebaliknya ia terletak pada Kerajaan Negeri.

pusat-judi-internetEan berkata aktiviti bersifat jenayah ini perlu dibendung oleh semua pihak secara bersama termasuk polis dan masyarakat.

“Seperti termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan dan Perlembagaan Persekutuan, aktiviti jenayah jelas dikawal dibawah Kerajaan Pusat.

“Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan hanya mempunyai kuasa untuk menyekat atas perlesenan dan kegunaan permis sahaja,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata manakala untuk menangkap dan menghukum penjenayah yang terbabit adalah kuasa pihak polis.

“Kita tiada isu untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi membanteras perkara ini. Jadi saya menyeru untuk tidak politikkan isu ini,” katanya.

Ean menegaskan Kerajaan Negeri tidak lagi mengeluarkan lesen kepada pusat judi haram.

“Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri mempunyai jadual untuk mengadakan operasi penguatkuasaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.