Categories
NASIONAL

Sambung perjuangan Almarhum Nik Aziz tegak Islam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 FEB: Usaha mengembangkan dan menyambung perjuangan Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah lebih penting dari berkempen gelaran dan pangkat untuknya.

Exco Negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, Almarhum Nik Aziz sendiri tidak pernah mengejar kemasyhuran gelaran dunia sewaktu hayatnya.

nik“Apa yang perlu dilihat dan disambung adalah perjuangannya yang kental dalam menegakkan Islam di bumi Malaysia ini khususnya menuntut pelaksanaan Hudud di Kelantan.

“Apalagi, penghargaan adalah suatu pemberian dan bukannya perkara yang perlu dituntut,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan memberi penghargaan khusus kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sama ada dalam bentuk gelaran dan lain-lain.

Mengulas soalan sama, Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman bagaimanapun berpendapat penghargaan gelaran seperti ‘Tun’ boleh diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Secara peribadi saya setuju sebagai tanda penghormatan negara kepada Tok Guru tetapi semuanya terpulang kepada keluarga Tok Guru sama ada mahu terima atau tidak,” katanya pula.

Alharhum Nik Aziz menghembus nafas terakhir pada malam Jumaat lepas di kediamannya di Pulau Melaka, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.