Categories
SELANGOR

Shah Alam bersama 44 bandar raya dunia kempen hijau

SHAH ALAM 28 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyertai kempen ‘We Love Cities’ yang dianjurkan oleh pihak World Wildlife Fund (WWF) yang bermula dari 26 Januari 2015 hingga 27 Mac 2015.

Majlis Bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia yang telah berjaya menempah tempat ke peringkat akhir bersama-sama 44 buah bandar raya dari seluruh negara seperti Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Sepanyol, Finland, Sweeden, Thailand, Singapura, Indonesia dan sebagainya.

11025147_776682442401392_2971605081798728991_nKempen yang dilaksanakan ini bertujuan mengalakkan penglibatan masyarakat dalam pelaksanaan amalan Persekitaran Hijau atau ‘Go Green’ dan pembangunan mampan yang dilaksanakan oleh pentadbir bandar raya yang mengambil bahagian.

Kempen ini juga bertujuan mengalakkan masyarakat diserata dunia memberikan galakkan dan sokongan terhadap bandaraya yang berusaha menuju ke arah persekitaran hijau.

Kempen ‘We Love Citie’ ini merupakan sebahagian daripada pengisian aktiviti yang diadakan dalam usaha MBSA untuk mendapat anugerah ‘National Earth Hour Capital Awards’ yang akan berlangsung pada 9 April 2015 di Korea Selatan sempena Kongres Dunia ICLE (ICLE World Congres).

Sehubungan itu, pihak Majlis memohon kerjasama orang ramai khususnya warga Shah Alam untuk mengundi (vote) dan menyokong inisiatif-inisiatif hijau yang dilaksanakan oleh pihak Majlis menerusi laman sesawang ‘We Love Cities’ iaitu http://www.welovecities.org/shah-alam.

Orang ramai juga boleh menyokong kempen ini dengan memuat naik (upload) gambar-gambar tempat-tempat pelancongan, tempat-tempat menarik, mercu tanda dan bangunan-bangunan di sekitar Shah Alam melalui Instagram dengan keterangan gambar atau ‘caption’ ‪#‎weloveshahalam‬.

Sokongan daripada orang ramai membantu pihak Majlis melahirkan komuniti Shah Alam yang proaktif dalam melaksanakan persekitaran hijau dan pembangunan mampan secara berterusan.

Selain itu, undian dan sokongan masyarakat juga mampu meletakkan bandar raya Shah Alam setaraf dengan bandar raya-bandar raya besar dunia seperti New York, Tokyo, Istanbul, London, Rio de Janeiro dan banyak lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.