Categories
NASIONAL

Tian Chua: Lebih ramai ke penjara selepas ini

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 14 FEB: Naib Presiden PKR, Tian Chua percaya pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya permulaan kerana walaupun yakin pihak berkuasa akan menyalah guna kuasa untuk menahan pemimpin lain.

“Ramai lagi akan menyusul Anwar. Akan datang mungkin saya ke dalam, Hishamuddin (Rais) juga mungkindan kita juga ada Zunar serta ramai lagi.

“Kita akan tengok pusingan baru penahanan, ini sudah pasti. Bila Anwar ke dalam, kita akan lihat siri baru membabitkan banyak penahanan.

forum 1“Tekanan akan semakin banyak. Akhbar akan ditutup. Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pao akan dibeli MCA,” katanya pada Forum ‘Anwar Dipenjara: Masa Depan Politik Malaysia’ di bangunan @Kini, di sini.

Tian Chua berkata, pemenjaraan Anwar sebenarnya titik permulaan pusingan baru penahanan seorang demi seorang pemimpin PR bagi melumpuhkan gerakan rakyat menentang kerajaan BN.

Hal itu dapat dilihat apabila kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin giat menggunakan Akta Hasutan untuk menahan musuh politik BN.

Bagaimanapun, Tian Chua juga yakin tindakan itu tidak akan melemahkan semangat pemimpin PR untuk terus berjuang menumbangkan BN.

forum 2Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula menjelaskan, walaupun gerakan demontrasi bagi memprotes pemenjaraan Anwar kali ini tidak sehebat di era reformasi 1998 tetapi ia tidak menggambarkan Anwar sudah kehilangan sokongan rakyat.

“Walaupun tak turun di jalan raya tak bermakna Anwar hilang sokongan. Rakyat sekarang sudah semakin matang. Mereka akan gunakan kuasa mereka untuk memprotes pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.