Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Peguam masih kaji pengampunan Diraja bebaskan Anwar

SHAH ALAM 15 FEB: Permohonan pengampunan Diraja bagi pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara masih dalam kajian pasukan peguam.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah memohon pengampunan itu boleh menimbulkan tanggapan serong seperti Anwar sememangnya bersalah.

AnwarJusteru, beliau berkata barisan peguam Anwar sedang meneliti perkara tersebut termasuk implikasinya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Itu adalah salah satu daripada pilihannya… tetapi kita hendak kaji lagi sebab pengampunan ini walaupun ada satu klausa mengatakan, kerana dia tidak bersalah tetapi konotasinya memberi satu gambaran bahawa dia mengaku bersalah.

“Ini adalah sesuatu yang kita bincang dan barisan peguam kita akan mengambilnya dengan mendalam,” kata Wan Azizah dipetik Astro Awani.

Dalam pada itu, Wan Azizah menafikan desas-desus bahawa anak keduanya, Nurul Nuha Anwar, bakal tampil sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh yang bakal berlangsung berikutan hukuman penjara ke atas Anwar.

Beliau sebaliknya mendakwa Nurul Nuha hanya berkempen untuk pembebasan bapanya dan menafikan ia adalah langkah pertama Nurul Nuha untuk menceburi politik dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Wan Azizah menegaskan suaminya masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh dan PKR masih belum berbincang mengenai persedian mengenai pilihanraya kecil Permatang Pauh sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kerusi itu kosong.

“Belum lagi kita bincangkan sebab ahli parlimennya masih lagi Anwar sampai SPR putuskan dia telah dilucutkan statusnya sebagai ahli parlimen, lepas tu barulah kita timbulkan perkara ini,” jelasnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.