Categories
NASIONAL

Wan Azizah: “Perjuangan ini bukan untuk Anwar tapi rakyat”

PUTRAJAYA 10 FEB: Walaupun sedih dan kecewa, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengorbanan besar.

Dr Wan Azizah berkata pengalaman keduanya terpaksa berhadapan situasi melihat Anwar dipenjarakan adalah sebahagian daripada perjuangan yang perlu dilaluinya.

934784_10153202761861840_8738744460834084225_n“Alhamdulillah, ini adalah perjuangan kita. Mungkin ini adalah sedikit pengorbanan Anwar terutamanya kepada saya serta keluarga, anak-anak, cucu…ini adalah perjuangan.

“Perjuangan ini bukan sahaja untuk Anwar tapi untuk semua rakyat,” katanya dipetik Mstar Online.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, pakatan pembangkang perlu terus diperkukuhkan walaupun tanpa Anwar.

“Kita akan perkukuhkan dan perkuatkan lagi pakatan. Kita mesti ubah sistem yang menggunakan apa sahaja cara untuk melawan kuasa politik,” katanya.

Ditanya megenai pengganti Anwar sebagai ketua pembangkang, Dr Wan Azizah berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.