Categories
NASIONAL

Wan Azizah ziarah keluarga Nik Aziz tanpa Anwar

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 FEB: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba bersama dua anaknya untuk menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, Kelantan, petang ini.

Wan Azizah akan bergerak ke Kota Bharu selepas selesai melawat suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, kira-kira jam dua petang tadi.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)Menerusi status di laman sosial Facebook Wan Azizah, pihaknya turut memberi gambaran bahawa Anwar tidak akan turut serta ke Kota Bharu bagi menziarahi pusara mantan Menteri Besar Kelantan itu yang selamat disemadikan, pada jam 11 pagi tadi.

“Keluarga baru selesai ziarah Anwar di penjara Sungai Buloh. Beliau sampaikan salam kepada seluruh keluarga, pimpinan, staf dan pendokong.

“Beliau mohon terus bersemangat dan berjuang, jangan titiskan air mata, terus berjuang.

“(Beliau turut) sampaikan salam takziah kepada keluarga Tuan Guru Nik Aziz,” katanya mewakili pejabat Anwar.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dilaporkan memohon pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis pengebumian Mursyidul Am PAS itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.