Categories
NASIONAL

Penjara tak patut abai permintaan Anwar ziarah Nik Aziz

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi kelonggaran menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata tidak adil apabila pihak berkuasa penjara Sungai Buloh enggan mempertimbangkan permohonan Anwar untuk menziarahi tokoh pemimpin yang dihormati, sekali gus rakan perjuangannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

anwar nik aziz“Permintaan Datuk Seri Anwar itu memang wajar diberi pertimbangan kerana ingin menziarahi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang juga rakan seperjuangannya.

“Kita kesal dengan apa yang terjadi kerana beliau (Anwar) bukan individu yang merbahaya kepada negara sehingga tidak boleh diberikan kelonggaran untuk memberikan penghormatan terakhir itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Terdahulu, Peguam PKR, Latheefa Koya berkata, Anwar memohon pihak berkuasa penjara membenarkannya hadir ke majlis pengebumian Nik Aziz, namun pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh  tidak membenarkan permohonan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.