Categories
NASIONAL

10,000 berarak dari Sogo menuju ke KLCC desak bebaskan Anwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 7 MAC: Dianggarkan kira-kira 10,000 peserta himpunan aman mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan berarak dari Sogo menujuk ke KLCC.

Polis yang pada awalnya menutup Jalan Tunku Abd Rahman membuka bagi memberi laluan kepada peserta himpunan.

10346534_1094175280608186_5507039629448218181_nWalaupun hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat peserta meneruskan bantahan mereka terhadap sistem keadilan di negara ini.

Mereka melaungkan slogan-slogan keadilan termasuk pekikan “bebaskan Anwar”.

Mereka juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.

Mereka turut memalu gendang dan pelbagai alat muzik lain.

Kenderaan yang melalui kawasan perarakan turut membunyikan isyarat tanda sokongan mereka.

Ketika ini perarakan sedang melintasi simpang empat Jalan Sultan Ismail ke Kampung Baru.

Selain slogan menggesa Anwar dibebaskan mereka turut menuntut harga minya diturunkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.