Categories
NASIONAL

Kuala Lumpur saksi himpunan desak bebas Anwar undur Najib

KUALA LUMPUR 7 MAC: Pusat bandar Kuala Lumpur hari ini bakal menyaksikan himpunan pertama yang dianggap besar bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan yang menjadi tahanan politik sejak 26 hari lalu.

Protes Kita Lawan di pekarangan Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman itu turut menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

11054286_1094137613945286_4589712882508014862_nHimpunan sama juga turut dirancang berlangsung di beberapa ibu negara di seluruh dunia bagi menarik perhatian antarabangsa terhadap ketidakadilan dalam sistem politik dan kehakiman negara.

Antaranya berlangsung di Old Palace Yard, London – berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom; di depan Bangunan Parlimen Australia, di Canberra, di depan Parlimen South Australia, di Adelaide dan di Liberty Square di Taipei, Taiwan.

Pada 1998, selepas pemecatan Anwar himpunan setiap hujung minggu diadakan ditempat sama yang mencetuskan gelombang reformasi seluruh negara.

Protes itu bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.

Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.