Categories
SELANGOR

Keluarga Beng Hock demo depan pejabat SPRM tuntut penjelasan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendesak penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung kenaikan jawatan tiga kakitangannya yang terlibat dengan siasatan kes kematian bekas pembantu Exco negeri itu.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, mereka memberi tempoh seminggu untuk SPRM memberi penjelasan dan bertemu keluarganya di Melaka.

Demo Teoh Beng Hock depan SPRM (1)Sebelum itu, hampir 30 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penyokong berkumpul di perkarangan bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang menempatkan pejabat SPRM Selangor bagi mendesak Ketua Pengarahnya turun memberikan penjelasan.

Mereka turut membawa kain rentang yang memaparkan tiga nama iaitu Hishamuddin Hashim, Md Anuar Ismail dan Md Ashraf Md Yunus yang didakwa dinaikkan pangkat.

Demo Teoh Beng Hock depan SPRM (7)Namun, penantian menjadi hampa apabila beliau tidak turun sebaliknya polis meminta semua mereka bersurai secara aman.

Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai 2009.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.