Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS: Tegas laksana penguatkuasaan, wabak denggi berjaya dikurangkan

Oleh: MOHDD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Singapura melaksanakan pelbagai pendekatan melalui kajian makmal, penguatkuasaan lebih tegas dan kesedaran awam bagi memerangi wabak denggi di negara itu.

Singapura terus mencatatkan penurunan wabak denggi ketika Malaysia mencatatkan peningkatan kes berkenaan, awal tahun ini.

Pada Januari dan Februari lalu, 1,637 kes denggi dilaporkan di Singapura dan ia menurun 40 peratus, berbanding tahun lalu iaitu 2,725 kes.

DENGGI GRAFIKAgensi Alam Sekitar Kebangsaaan Singapura (NEA) melaporkan mereka sudah memulakan kajian makmal terhadap nyamuk jantan aedes yang diberikan jangkitan bakteria Walbachia yang akan merencatkan penetasan nyamuk Aedes seterusnya mengurangkan populasinya, pada 11 Mac lalu.

Kerajaan Singapura juga menubuhkan panel pakar menilai keberkesanan kajian hasil penyelidikan itu yang akan menentukan tindakan selanjutnya.

Antara penumpuan utama agensi itu dalam mengawal wabak denggi adalah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan kerjasama bersepadu pelbagai agensi melibatkan pihak berkuasa tempatan dan pasukan khas yang diwujudkan untuk memeriksa serta memusnahkan tempat pembiakan serangga terbabit.

Pada 2014, agensi itu mengerahkan 850 pemeriksa ke seluruh Singapura dan melaksanakan 3.5 juta pemeriksaan dan memusnahkan 18,400 habitat nyamuk Aedes.

Lawatan denggi MB ke kilang tayar terpakai (67) aBagi memastikan keberkesanan pemeriksaan itu, agensi itu turut mengenakan tindakan tegas ke atas kontraktor termasuk denda dan membawa mereka ke mahkamah.

NEA turut mengeluarkan 1,148 notis, 132 arahan berhenti kerja dan mendakwa 60 kontraktor yang mengulangi kesalahan yang masih berdegil.

Kerajaan Singapura juga mewujudkan kesedaran awam memusnahkan tempat pembiakan denggi dengan menyediakan 900,000 pemusnah serangga yang diberikan kepada penduduk ketika pemeriksaan dan kempen kesedaran.

NEA juga mewujudkan 4,500 sukarelawan termasuk penduduk, pelajar dan pasukan tindakan khas denggi untuk bersama agensi itu dalam pelbagai usaha kesedaran awam, pemeriksaan serta memusnahkan habitat denggi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.