Categories
SELANGOR

Bekalan air 3 wilayah pulih hari ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 MAC: Bekalan air di wilayah Petaling, Kuala Langat dan Sepang akan pulih sepenuhnya pagi ini menurut jangkaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib berkata,  bekalan air dijangka pulih sepenuhnya bagi kawasan wilayah Hulu Langat menjelang pagi 6 Mac ini.

“Pihak Syabas akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui 49 lori tangki yang digerakkan sejak berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya dalam satu kenyataan.

imagePada 3 Mac lalu, loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih menghentikan operasi ekoran terdapat pencemaran dengan catatan kadar pH air mentah adalah 5.65, ammonia (1.60 ppm) dan mangan (1.51 ppm).

Siasatan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan ABBAS mendapati analisa pensampelan in-situ bagi parameter pH, ammonia dan mangan di Sungai Semenyih dan anak sungainya adalah pada kadar normal.

Sehubungan itu, LRA Sungai Semenyih beroperasi semula pada kapasiti penuh jam 3.00 pagi semalam apabila parameter pH kembali stabil di muka sauk pada kadar 6.86 ppm, ammonia (0.95 ppm) dan mangan (0.41 ppm).

empangan  air lembah kelangZaidy berkata, sehingga jam 7 malam semalam bacaan di muka sauk bagi parameter pH adalah 6.69 ppm, ammonia (1.07 ppm) dan mangan (0.28 ppm).

“Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan pencemaran tersebut berlaku,” katanya.

Bagi mendapatkan perincian status pemulihan bekalan air mengikut setiap kawasan masing-masing, pengguna digalakkan  mengakses laman web Syabas (www.syabas.com.my).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.