Categories
SELANGOR

Contohi kanak-kanak Korea prihatin jaga kebersihan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 MAC: Tabiat kanak-kanak Korea Selatan yang prihatin menjaga kebersihan wajar dicontohi.

Mereka sebaik turun bas sekolah sanggup berlari sekeliling padang mencari tong sampah untuk membuang plastik gula-gula.

dr.-idris ahmadPengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT), Dr. Idris Ahmad berkata sebaliknya, kanak-kanak Malaysia mempunyai tabiat yang bertentangan.

“Kalau di Malaysia, kanak-kanak sekolah selamba sahaja buang sampah saat turun bas.

“Masalah kesedaran awam ini antara penyebab kepada masalah sampah yang kita hadapi selain beberapa faktor lain,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annex di SUK pagi ini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah anggota JP-PBT, Dr Halimah Ali dan R. Rajiv.

Pada 27 Februari lepas, satu pendengaran tertutup diadakan bagi mengetahui permasalahan pengurusan sampah membabitkan 12 PBT.

Pada masa sama, Idris berkata, JP-PBT turut memberi tumpuan kepada isu penyelenggaraan jalan.

“Kita sedang menanti maklum balas bertulis daripada 12 PBT dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berkenaan Standard Operating Procedure (SOP) dalam penyelenggaraan jalan,” katanya lagi.

Kedua-kedua laporan dijangka dibentang di Dewan Negeri Selangor pada persidangan kedua tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.